Artikel ini menganalisis peranan penting pendidikan dan kesedaran ekologi sebagai pemacu utama dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta kelangsungan hidup komuniti Orang Asli di Malaysia. Gangguan keseimbangan ekosistem akibat aktiviti manusia, pencemaran, degradasi hutan, dan perubahan iklim telah menjejaskan sumber asas komuniti Orang Asli seperti air, makanan, ubatan tradisional, dan sumber ekonomi mereka. Berteraskan mandat antarabangsa seperti Agenda 21 menerusi Sidang Kemuncak Bumi 1992, pendidikan alam sekitar di Malaysia telah diterprapkan dalam kurikulum sekolah sehingga peringkat universiti, di samping diperkasa melalui inisiatif komuniti seperti program River of Life, Taman Rimba Komuniti, amalan kitar semula, gotong-royong, dan kempen pengurangan plastik. Artikel ini menegaskan bahawa bagi komuniti Orang Asli, pendidikan alam sekitar yang berkesan memerlukan integrasi harmonis antara pengetahuan tradisional yang diwarisi turun-temurun dengan pendidikan ekologi moden bagi membentuk pemikiran, sikap, dan tindakan masyarakat yang bertanggungjawab secara menyeluruh terhadap kelestarian ekologi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Zin, Mazni mazni9746@uitm.edu.my Khalid, Noorashiekin noora9678@uitm.edu.my Mohd Zahid, Azyan Zafyrah azyan8410@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental education. Study and teaching. Research G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 604-605 |
| Keywords: | Kesedaran ekologi, Pendidikan alam sekitar, Komuniti Orang Asli, Kelestarian alam, Pengetahuan tradisional, Agenda 21, Degradasi hutan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148255 |
148255.pdf
