Artikel ini menganalisis faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya yang membawa kepada kehilangan nyawa, kecederaan parah, kerugian harta benda, serta menjejaskan produktiviti negara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelakuan dan sikap cuai pengguna jalan raya merupakan punca utama, terutamanya melalui perbuatan memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, menukar lorong tanpa isyarat, dan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Di samping faktor kemanusiaan, keadaan fizikal jalan raya seperti jalan yang sempit, berlubang, tidak rata, kurang pencahayaan, dan kesesakan lalu lintas turut menjejaskan tekanan emosi serta emosi pemandu. Faktor cuaca buruk seperti hujan lebat dan kabus tebal juga memburukkan keadaan dengan mengehadkan jarak penglihatan dan kawalan kenderaan. Oleh itu, pemahaman menyeluruh terhadap faktor-faktor ini adalah penting bagi merangka langkah pencegahan yang berkesan demi meningkatkan keselamatan jalan raya.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Yusof, Mohamed Khatif Tawaf mohdkhatif@uitm.edu.my Abu Talip, Adrina Rosseira adrina9587@uitm.edu.my Zainuddin, Atiqah Najwa atiqa387@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic accidents T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 596-597 |
| Keywords: | Kemalangan jalan raya, Sikap pemandu, Keadaan jalan raya, Faktor cuaca, Keselamatan jalan raya, Pencegahan kemalangan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148233 |
148233.pdf
