Majlis kemuncak hari kualiti & inovasi UiTM Kedah 2014

Omar, Noorain (2014) Majlis kemuncak hari kualiti & inovasi UiTM Kedah 2014. In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 38.
Abstract

Pada 17 Disember 2014, hari rabu, telah berlangsung Majlis Kemuncak Hari Kualiti dan Inovasi UiTM Kedah di Dewan Perdana. Hari Kualiti dan Inovasi yang dianjurkan saban tahun bermatlamat untuk meraikan warga kerja UiTM yang merupakan tulang belakang kepada setiap detik kejayaan dan perjalanan universiti. Di dalam majlis ini, pengikhtirafan selayaknya diberikan kepada warga kampus agar komitmen pada tahun-tahun mendatang akan bertambah hebat dan cemerlang. Majlis seumpama ini juga diharapkan dapat menjadi medium penyemaian benih perpaduan yang subur bagi membina sebuah gedung ilmu yang berjaya dan dihormati. Majlis kali ini dikelolakan secara bersama oleh Pejabat Polis Bantuan dan Bahagian Kewangan dan dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Kedah, Dr Asmadi Mohamed Ghazali.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148227.pdf]
Text
148227.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics