Mahasiswa & sukan: Mencorak kepimpinan masa depan

Aluwi Azani, Muhammad Eiman Ashraff and Ismail, Herda Balqis and Azlan, Nur Farhana Safiyah (2025) Mahasiswa & sukan: Mencorak kepimpinan masa depan. e-DINAMIK. pp. 592-593. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini membincangkan peranan dan impak penglibatan mahasiswa sebagai ahli Jawatankuasa Sukan Pelajar di UiTM Pasir Gudang dalam membentuk kepimpinan, sahsiah, dan nilai diri yang berdaya saing. Penglibatan ini merangkumi penganjuran pelbagai acara sukan seperti futsal, bola tampar, badminton, dan kejohanan antara fakulti yang mempromosikan kecergasan fizikal serta kesejahteraan mental dengan mengurangkan tekanan akademik. Menerusi tugas-tugas pengurusan seperti perancangan strategik, penyelarasan pasukan, pengendalian logistik, dan penyelesaian cabaran luar jangka, mahasiswa dapat memperkukuh disiplin, daya tahan, serta kemahiran membuat keputusan yang pantas. Di samping itu, interaksi dengan pelbagai pihak termasuk pelajar berbilang fakulti, pengadil profesional, dan polis bantuan turut mengasah kemahiran interpersonal, diplomasi, dan komunikasi terbuka yang menjadi teras pembangunan sahsiah yang seimbang dari aspek akademik dan peribadi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148220.pdf]
Text
148220.pdf
Download (627kB)
Indexing & Metrics