Pengurusan kebajikan pelajar merupakan komponen penting dalam memastikan kesejahteraan pelajar dan kelangsungan proses pembelajaran yang efektif di institusi pengajian tinggi. Namun demikian, pengurusan kebajikan pelajar di peringkat fakulti sering berhadapan dengan cabaran seperti ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) yang sistematik, kelewatan dalam penyaluran bantuan serta pengurusan maklumat kebajikan yang tidak berpusat. Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar yang menghadapi musibah atau kesulitan kewangan tidak menerima bantuan dengan segera. Sehubungan itu, inovasi e-Prihatin Fakulti Perakaunan diperkenalkan sebagai satu sistem pengurusan kebajikan pelajar berasaskan platform digital yang mengintegrasikan pelaporan kes secara masa nyata (real-time) dengan Protokol Respons Pantas (PRP). Sistem ini merangkumi tiga komponen utama iaitu pengesahan kes, klasifikasi jenis bantuan serta automasi dokumentasi bagi memastikan proses pengurusan kebajikan dilaksanakan secara lebih teratur dan telus. Selain itu, e-Prihatin turut membangunkan pangkalan data berpusat yang menyimpan rekod kebajikan pelajar secara sistematik, sekali gus membolehkan proses penyerahan tugas (handover) antara pensyarah dilakukan tanpa kehilangan atau keciciran maklumat penting. Hasil pelaksanaan inovasi ini menunjukkan peningkatan kecekapan dalam pengurusan kebajikan pelajar, di mana bantuan kritikal dapat disalurkan dalam tempoh dua minggu selepas laporan diterima. Inovasi ini juga berjaya mengurangkan beban pentadbiran pensyarah, meningkatkan ketelusan rekod bantuan serta memperkukuh tadbir urus fakulti melalui sistem dokumentasi yang lebih sistematik dan berintegriti. Keseluruhannya, e-Prihatin Fakulti Perakaunan berupaya mentransformasikan pendekatan pengurusan kebajikan pelajar daripada bersifat reaktif kepada proaktif melalui penggunaan teknologi digital dan prosedur respons yang standard. Inovasi ini mempunyai potensi untuk diperluaskan penggunaannya ke fakulti lain serta institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh sistem sokongan kebajikan pelajar secara lebih efektif dan mampan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah Abd Aziz, Azilawati azila430@uitm.edu.my Nik Wan, Nik Zam UNSPECIFIED Che Hassan, Nor Asmawani UNSPECIFIED Zakaria, Ros Amalina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Student affairs services. Student personnel administration > Student guidance and counseling Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software > Application software |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
| Journal or Publication Title: | 2nd Global Accounting Innovation Showcase (GAIS) 2026 |
| ISSN: | 978-629-96340-3-4 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 60-63 |
| Keywords: | College students, Student welfare, Universities and colleges |
| Date: | 15 September 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148208 |
148208.pdf
