e-Lagu seronok, kosa kata mantap! e-Songs fun, vocabulary strong!

Tongguritom, Viannie and Sintian, Minah (2025) e-Lagu seronok, kosa kata mantap! e-Songs fun, vocabulary strong! In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 273-276. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Inovasi ini merupakan elektronik lagu (e-lagu) yang dicipta untuk tujuan membantu murid menguasai kosa kata Bahasa Kadazandusun (BKD). Kosa kata difokuskan kepada kata kerja, kata nama dan kata adjektif sahaja. Kajian berbentuk eksperimen ini melibatkan 15 orang murid tahun empat di salah sebuah sekolah rendah luar bandar dalam daerah Tenom, Sabah. Sebanyak empat modul e-lagu yang dicipta sendiri oleh pengkaji telah dijadikan sebagai instrumen kajian di samping rancangan pengajaran harian serta soalan-soalan ujian pra dan pasca. E-lagu mengandungi lirik lagu, audio dan gambar-gambar sokongan yang menarik dan jelas berdasarkan tema dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Tempoh masa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) ialah 10 minggu. Ujian pra dijalankan sebelum elagu digunakan dalam pdp. Modul e-lagu digunakan dengan cara memperdengarkan lagu, membaca lirik, menyanyi secara kelas, kumpulan dan individu, membuat pergerakan mengikut lirik lagu, menjawab kuiz, menyebut perkataan, menulis dan membina ayat mudah. Ujian pasca dijalankan selepas modul e-lagu selesai dilaksanakan dalam pdp. Kajian mendapati kosa kata murid meningkat selepas menggunakan e-lagu, dengan nilai min 80.07 berbanding ujian pra min 37.20. Implikasinya, penggunaan e-lagu berpotensi untuk dikomersialkan kerana dapat meningkatkan pencapaian kosa kata BKD murid sekolah rendah di luar bandar serta dapat menambah bahan bantu mengajar dan belajar BKD.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148180.pdf]
Text
148180.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics