Bersempena Jelajah Aspirasi Malaysia 2025: Semai Rasa Cintakan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Petron Malaysia telah menganjurkan sebuah program seni mural bertajuk “Program Lawan Seni Kanvas Keselamatan Negara”. Program ini mengangkat tema “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” dengan hasrat menanam rasa cinta negara, memupuk semangat patriotisme serta mencungkil bakat seni pelajar sekolah. Lokasi pilihan, Lorong Selamat di Bandaraya Alor Setar, menjadi kanvas terbuka antara 4 hingga 14 Ogos 2025. Lapan buah sekolah mengambil bahagian, menjadikan lorong ini hidup dengan warna, kreativiti, dan mesej bermakna. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS) berjaya meraih tempat pertama, diikuti oleh SMK Kubor Panjang (kedua) dan SJK (C) Keat Hwa (ketiga). Sekolah lain yang turut serta termasuk SMK Tunku Abdul Malik, SMK Sultanah Asma, SMK Dato’ Syed Omar, SMK Alor Janggus, dan SMK Convent. Namun mural ini bukan sekadar hiasan dinding. Setiap lukisan membawa mesej keberanian, perpaduan, dan harapan. Anak muda diberi ruang untuk menzahirkan suara mereka. Bukan melalui ucapan panjang, tetapi dengan berus dan warna. Seni menjadi bahasa universal yang lebih kuat daripada kata-kata. Program ini membuktikan bahawa keselamatan negara bukan hanya wacana orang dewasa di meja rundingan, tetapi juga suatu nilai yang boleh dihayati dan dibicarakan oleh generasi muda. Dengan adanya pertandingan sebegini, mural bukan sekadar latar swafoto, tetapi lambang semangat patriotisme baharu yang menghiasi wajah Kedah.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Karim, Izza Syahida izzasyahida@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Mohd Noor, Muhamad Aiman Afiq aimanafiq@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Drawing for reproduction. Illustration |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Program Lawan Seni Kanvas Keselamatan Negara 2025, Mural Lorong Selamat MBAS Alor Setar Kedah, Majlis Keselamatan Negara MKN Kedah patriotisme |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148178 |
148178.pdf
