Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Cawangan Kedah barubaru ini menganjurkan Bengkel Tatacara Pengendalian Pelajar Kurang Upaya (OKU) khusus untuk staf akademik dan pentadbiran. Bengkel dua hari yang berlangsung pada 14 & 15 Mei 2025 di Bilik Seminar Kaunseling ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga UiTM tentang cara terbaik menyokong dan mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dalam suasana pembelajaran universiti. Bengkel ini mendapat sentuhan kepakaran daripada tiga guru Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok Kedah, diketuai oleh Encik Kumaresan A/L Muniandy, Guru Cemerlang Pendidikan Khas & Vokasional. Mereka berkongsi pengalaman sebenar, cabaran, serta strategi praktikal dalam membimbing pelajar berkeperluan khas. Antara perkara yang ditekankan termasuklah keperluan akademik (seperti bahan pengajaran tambahan, masa fleksibel untuk tugasan), sokongan sosial-emosi (membina keyakinan, kemahiran sosial, kawalan emosi), dan keperluan fizikal (akses ruang mesra OKU, peralatan bantu). Semua ini penting bagi memastikan pelajar merasai suasana pembelajaran yang inklusif, mesra, dan menyokong. Menariknya, staf UiTM turut diminta menghasilkan pelan strategi inklusif untuk dilaksanakan segera. Antara cadangan utama ialah latihan profesional berterusan kepada pensyarah dan staf, selain menjalin kerjasama dengan pakar terapi, kaunselor dan ibu bapa. Universiti juga digesa menyediakan bahan bantu mengajar yang disesuaikan serta teknologi sokongan agar pengajaran inklusif benar-benar berkesan. Bengkel ini turut meminta peserta-peserta untuk menghasilkan poster interaktif untuk memperkenalkan tentang kategori OKU iaitu autisme, masalah pendengaran, penglihatan, masalah pembelajaran dan pelbagai ketidakupayaan. Poster ini memberi ruang untuk memahami bahawa setiap pelajar unik, dengan kelebihan serta cabaran tersendiri. Selari dengan prinsip “leaving no one behind” Agenda 2030, usaha inklusif ini menyahut seruan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Akta OKU 2008 untuk memastikan golongan OKU menerima hak pendidikan yang sama rata. Secara keseluruhannya, bengkel ini bukan sahaja menambah ilmu, malah menyuntik kesedaran bahawa pendidikan inklusif bukan sekadar dasar, tetapi satu tanggungjawab bersama demi membina masyarakat yang lebih penyayang, prihatin, dan berdaya saing.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Karim, Izza Syahida izzasyahida@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Mohd Noor, Muhamad Aiman Afiq aimanafiq@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Cakna OKU pemerkasaan pelajar berkeperluan khas UiTM Kedah, Bengkel Tatacara Pengendalian Pelajar Kurang Upaya ILD UiTM, Pendidikan inklusif pengajian tinggi Akta OKU 2008 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148157 |
148157.pdf
