Merdeka yang sebenarnya

Ahmad, Nurhafizah and Alias, Fadzilawani Astifar (2026) Merdeka yang sebenarnya. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Perkongsian ilmu ini diilhamkan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus, “Makna Jiwa Merdeka”.
Negara bebas daripada penjajahan. Tetapi, sudahkah jiwa kita benarbenar merdeka?
Setiap kali menjelang bulan kemerdekaan, kita mengenang perjuangan generasi terdahulu yang membebaskan tanah air daripada penjajahan. Jalur Gemilang dikibarkan, lagu patriotik berkumandang dan lafaz “Merdeka!” bergema dengan penuh semangat.
Namun, makna merdeka tidak seharusnya dilihat daripada sudut kebebasan negara semata-mata. Ada satu lagi bentuk kemerdekaan yang lebih dekat dengan diri kita, iaitu kemerdekaan jiwa.
Dalam satu ceramah mengenai Makna Jiwa Merdeka, Ustaz Azhar Idrus membawa maksud merdeka daripada sudut rohani. Merdeka bukanlah bererti bebas melakukan apa sahaja, tetapi bebas daripada belenggu yang menjauhkan manusia daripada Allah. Beliau menyebut:
“Merdeka maksudnya kita menjadi hamba Allah, barulah merdeka.”
Perkongsian tersebut disampaikan dalam video Makna Jiwa Merdeka yang diterbitkan melalui saluran rasmi Ustaz Azhar Idrus pada 31 Ogos 2022.
Pada pandangan pertama, ungkapan “menjadi hamba Allah” mungkin kelihatan bertentangan dengan maksud kebebasan. Namun, di situlah letaknya hakikat kemerdekaan yang sebenar. Menjadi hamba Allah bukan bererti kehilangan kebebasan. Sebaliknya, apabila seseorang benar-benar tunduk kepada Allah, dia sedang membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk “penjajahan” yang tidak kelihatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148154.pdf]
Text
148154.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics