Merdeka mode: on

Alias, Fadzilawani Astifar and Ahmad, Nurhafizah (2026) Merdeka mode: on. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

“MERDEKA!” Setiap tahun kita laungkan. Tetapi… apa erti merdeka yang sebenar bagi kita? Hari ini kita bebas daripada penjajahan, tetapi masih boleh terjajah oleh minda, media sosial, gajet dan pengaruh sekeliling. Jari kita bebas scroll, like, share, komen. Tetapi hati… bebas ke? Kalau nak kekal merdeka, kita kena mula dari dalam.
Jadi, jom kita on-kan mode merdeka!
01 iman on: Bila Hati Ada Arah
Generasi merdeka bukan generasi yang melakukan apa sahaja kerana “aku bebas”. Sebaliknya, generasi merdeka ialah generasi yang tahu batas dalam kebebasan. Kita bebas memilih, tetapi kita memilih yang Allah reda. Kita bebas bersuara, tetapi kita menjaga kata-kata. Kita bebas menggunakan teknologi, tetapi kita tidak membiarkan teknologi mengawal hidup kita. Kita bebas mengejar kejayaan, tetapi kita tidak meninggalkan Tuhan. Itulah kemerdekaan yang sebenar. Apabila iman kuat, kita tidak mudah hanyut dengan trend. Tidak semua yang viral perlu diikuti. Tidak semua yang popular itu betul. Tidak semua yang ramai buat itu baik. Iman menjadi kompas ketika dunia menawarkan terlalu banyak arah.
02 ilmu on: Jangan Jadi Hamba Algoritma
Hari ini, ilmu berada di hujung jari. Satu klik, kita boleh belajar sesuatu yang baharu. Satu carian, kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat. Tetapi dalam dunia yang penuh dengan maklumat, cabaran terbesar bukan lagi “tidak tahu”. Cabaran kita ialah: “Bagaimana hendak tahu apa yang benar?” Generasi yang merdeka perlu berani berfikir. Jangan mudah percaya. Jangan terus share. Jangan hanya ikut apa yang trending. Check. Think. Verify.
Gunakan ilmu untuk membina diri, bukan sekadar mengejar likes dan views. Gunakan teknologi untuk belajar, berkarya, membantu orang lain dan menyebarkan kebaikan. Kerana generasi hebat bukan sekadar generasi yang pandai menggunakan teknologi. Tetapi generasi yang tahu menggunakan teknologi dengan bijak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148153.pdf]
Text
148153.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics