Hati merdeka

Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha (2026) Hati merdeka. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Sayup berangin menyapa kalbu,
Terbang belukar hilangkan sayu,
Hati merdeka tiada terbelenggu,
Bebas mengembara ke mana mahu.

Bukanlah harta menjadi tirai,
Bukan penjara yang buat terkulai,
Jiwa yang merdeka berkibar mengurai,
Laksana burung terbang melambai.

Langkah disusun tiada gentar,
Menembus malam menuju terang,
Bebas berpikir, megah berkibar,
Hati yang bebas takkan terhalang.

Tinggi melangit mencium awan,
Bebas bernafas di ruang Tuhan,
Tiada belenggu, tiada beban,
Merdeka sejati sepanjang zaman.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148076.pdf]
Text
148076.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics