Kemampanan adiwangsa: menyemai nilai kenegaraan dalam jiwa warga UiTM

Cawangan Selangor, Unit Komunikasi Korporat Uitm (2025) Kemampanan adiwangsa: menyemai nilai kenegaraan dalam jiwa warga UiTM. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran Program Kemampanan Adiwangsa yang berlangsung dari 23 hingga 25 April 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Klang. Program usahasama antara Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Selangor, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM Shah Alam, dan Akademi Kenegaraan Malaysia ini disertai oleh seramai 65 orang kakitangan UiTM Cawangan Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk memantapkan nilai kenegaraan, membentuk jati diri yang kukuh, serta memperdalam kefahaman peserta terhadap kerangka perlembagaan negara. Pengisian program merangkumi Forum Ilmiah bertajuk "Perkara 153: Perlembagaan Persekutuan" yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dr. Ikmal Hisham Md. Tah, serta sesi inspirasi bersama Mantan Pendaftar UiTM, Dr. Hajah Zahrah Mokhtar. Program ini berperanan penting dalam memupuk pembudayaan nilai teras UiTM—Usaha, Takwa, Mulia—serta menyokong kerangka nilai ESI dan i-DART bagi merealisasikan visi kemampanan adiwangsa dalam kalangan warga universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148074.pdf]
Text
148074.pdf
Download (719kB)
Indexing & Metrics