Perbincangan meja bulat bersama akademia dan industri perkukuh program sistem maklumat

News, KPPIM (2025) Perbincangan meja bulat bersama akademia dan industri perkukuh program sistem maklumat. UiTM News Hub. pp. 1-5.
Abstract

Artikel ini melaporkan penganjuran perbincangan meja bulat yang menggembleng kerjasama antara ahli akademik dan wakil industri anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik (kini dinamakan semula dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik - KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 24 April 2025. Sesi ini diadakan khusus bagi menjalankan semakan kurikulum bagi program Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan (CDCS264) dan Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat (CDCS266). Dengan pembabitan pakar pakar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), ExxonMobil, dan SIRIM Berhad, perbincangan berfokus kepada penyelarasan kurikulum agar sejajar dengan trend terkini dan kehendak pasaran kerja. Langkah ini bertujuan untuk memupuk kebolehan menyelesaikan masalah secara kritikal, profesionalisme, etika, inovasi, dan kebolehsuaian teknologi dalam kalangan graduan, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka. Usaha pemantapan kurikulum berasaskan input industri ini juga menyokong agenda Pembangunan Lestari (SDG), terutamanya dalam menjamin pendidikan berkualiti (SDG 4) serta pekerjaan yang layak dan pertumbuhan ekonomi (SDG 8).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148069.pdf]
Text
148069.pdf
Download (922kB)
Indexing & Metrics