Artikel ini melaporkan penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Universiti Awam, Hospital Pengajar, dan MQA Suku Pertama Tahun 2025 yang berlangsung pada 15 Mei 2025 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Mesyuarat berprestij yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim ini turut merangkumi lawatan rasmi ke Kampus Puncak Alam dan Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM. Sesi ini disambut oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, diiringi oleh Rektor UCS, YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, serta barisan pengurusan kanan universiti, pengurusan KPT, Naib-Naib Canselor IPTA, Bendahari, dan Pengarah Hospital Pengajar. Penganjuran mesyuarat ini memperkukuh peranan proaktif UiTM sebagai rakan strategik KPT dalam menyokong tadbir urus kewangan IPTA yang mantap, mengeratkan jaringan profesional antara institusi pengajian tinggi awam, serta memartabatkan reputasi universiti dalam mendukung agenda pendidikan tinggi negara.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Cawangan Selangor, Unit Komunikasi Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA R Medicine > RA Public aspects of medicine > Medical centers. Hospitals. Dispensaries. Clinics |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pengurusan kewangan, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, JPKA, Universiti awam, Kementerian Pengajian Tinggi, KPT, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Cawangan Selangor |
| Date: | 15 May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148066 |
148066.pdf
