Artikel ini melaporkan penganjuran Sesi Penilaian Dalaman bagi Persediaan Penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) Satu (1) Bintang di bawah Pensijilan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang berlangsung pada 15 Mei 2025 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program dua hari yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Tenaga, Pejabat Pengurusan Fasiliti ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan kampus dalam menghadapi penilaian sebenar yang dijadualkan pada bulan Oktober 2025. Sesi ini dihadiri oleh Rektor UCS, Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, barisan pengurusan kanan, Dekan Fakulti, serta wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ). Penganjuran penilaian ini mencerminkan komitmen padu UiTM dalam memperkasakan amalan pengurusan tenaga yang mampan, menyokong agenda kelestarian kampus, dan menyediakan garis panduan penambahbaikan berterusan bagi kecekapan tenaga.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Cawangan Selangor, Unit Komunikasi Korporat Uitm UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings > Sustainable buildings. Sustainable construction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pengurusan tenaga, Energy Management Gold Standard, EMGS, ASEAN Energy Management Scheme, AEMAS, Kecekapan tenaga |
| Date: | 19 May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148065 |
148065.pdf
