UCS sertai Program Voluntourism Festival Sawah Padi Sekinchan 2025

Cawangan Selangor, Unit Komunikasi Korporat Uitm (2025) UCS sertai Program Voluntourism Festival Sawah Padi Sekinchan 2025. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini melaporkan penganjuran dan penyertaan UiTM Cawangan Selangor (UCS) dalam Program Voluntourism Memelihara Kelestarian Alam bersempena Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 yang berlangsung di Sabak Bernam, Selangor. Program usahasama antara Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor, Tourism Selangor Sdn. Bhd., dan UiTM ini melibatkan penyertaan 40 orang pelajar serta dua orang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Dirasmikan penglibatannya oleh Prof. Dr. Mohd Hafiz Mohd Hanafiah selaku Timbalan Rektor iCARE, inisiatif ini mengintegrasikan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dengan aktiviti kebudayaan dan rekreasi seperti pembersihan habitat, saringan kesihatan, Visit Selangor Treasure Hunt, larian sawah padi, serta pemanduan trem dan beca elektrik. Program ini berfungsi sebagai platform amali bagi memupuk semangat kesukarelawanan, kepekaan terhadap isu alam sekitar, dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar, seterusnya memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi dalam mendukung agenda kelestarian alam sekitar dan warisan negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148062.pdf]
Text
148062.pdf
Download (715kB)
Indexing & Metrics