Artikel ini merakamkan dan menganalisis kejadian siri gempa bumi berskala ringan di kawasan Segamat serta kawasan sekitarnya di Johor yang berlaku pada penghujung Ogos 2025. Peristiwa bermula dengan gegaran ber-magnitud 4.1 pada 24 Ogos 2025 jam 6:13 pagi, diikuti gegaran susulan di Kluang (magnitud 2.8), serta siri gempa susulan pada 27 Ogos (magnitud 3.2) dan 28 Ogos (magnitud 2.5). Walaupun tidak menyebabkan korban jiwa, kejadian ini menimbulkan kerosakan fizikal kecil pada struktur bangunan dan mencetuskan kebimbangan awam. Analisa awal oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan bahawa fenomena tektonik ini berpunca daripada pengaktifan semula sesar kuno 'Mersing Fault Zone' akibat tekanan bawah tanah yang lama tersimpan, di mana pergerakan blok kerak bumi ke arah bertentangan (utara ke barat dan selatan ke timur) melepaskan tenaga tektonik tanpa melibat kaitan dengan aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Siti Nur Aishah sitinuraishahmn@uitm.edu.my Che Lat, Diana dianacl@uitm.edu.my Razali, Roslizayati roslizayati@graduate.utm.my |
| Subjects: | Q Science > QE Geology > Earthquake hazard analysis |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 585-586 |
| Keywords: | Gempa bumi ringan, Segamat, Mersing Fault Zone, Gegaran susulan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, JMG, Pelepasan tenaga tektonik, Johor |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148056 |
148056.pdf
