Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pengalaman rohani serta perjalanan ibadat haji 1446H oleh dua orang jemaah yang bermula pada 4 Mei 2025 selepas penantian selama 16 tahun. Pengalaman yang berdurasi selama 48 hari ini memaparkan pengorbanan emosi dan jiwa, terutamanya perpisahan sementara dengan anak-anak dan kerjaya demi menunaikan panggilan Ilahi. Kemuncak kembara ini tertumpu pada ibadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah yang melambangkan kesaksamaan seluruh umat manusia di hadapan Allah tanpa mengira pangkat, darjat, atau harta. Perjalanan ini menggambarkan pengabdian diri yang mendalam melalui doa, permohonan keampunan (maghfirah), rahmat, dan perlindungan daripada azab neraka serta kejahatan makhluk, sekali gus membentuk transformasi kerohanian dan pengharapan memperoleh haji yang mabrur.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Nurul Farraheeda nurulfarraheeda@uitm.edu.my Nik Adnan, Nik Amelina UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 583-584 |
| Keywords: | Haji 1446H, Wukuf, Arafah, Kembara rohani, Pengorbanan, Ibadat haji, Maghfirah |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148055 |
148055.pdf
