Alunan merdeka dalam wajah berbeza

Umar, Norazah (2026) Alunan merdeka dalam wajah berbeza. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, radio, televisyen dan media sosial kembali diwarnai lagu-lagu patriotik. Ada yang mengalun syahdu, ada yang megah, dan ada juga yang hadir dengan rentak moden sehingga membuatkan kita turut sama menyanyi.
Bagi mereka yang membesar pada era 1980-an dan 1990- an, lagu-lagu patriotik lama tentu membawa kenangan tersendiri. Bait dalam Malaysia Berjaya, “Dari Perlis sampailah ke Sabah kita sudah merdeka”, misalnya, mengimbau nostalgia perhimpunan sekolah, kibaran Jalur Gemilang dan suara murid-murid menyanyi beramai-ramai. Generasi hari ini pula membesar dengan lagu patriotik yang berbeza wajahnya, lebih rancak, santai dan dekat dengan cita rasa muzik semasa. Namun, perbezaan itu bukan sekadar soal rentak. Seperti karya seni yang lain, lagu patriotik turut mencerminkan zaman yang melahirkannya. Dahulu, patriotisme banyak disampaikan melalui perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan. Kini, semangat yang sama lebih kerap diterjemahkan melalui perpaduan, kebersamaan dan harapan terhadap masa depan.
Lagu-lagu patriotik terdahulu, khususnya sekitar dekad 1960-an hingga 1990-an, lahir ketika kenangan terhadap perjuangan kemerdekaan dan pembentukan negara masih segar dalam ingatan masyarakat. Tidak hairanlah banyak karya ketika itu menggunakan bahasa yang puitis, formal dan sarat dengan perlambangan. Lagu seperti Bahtera Merdeka dan Warisan membawa pendengar kepada pengertian kemerdekaan yang erat dengan pengorbanan. Nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad dalam lagu Warisan menggambarkan bahawa cinta kepada tanah air bukan sekadar perasaan, tetapi turut menuntut tanggungjawab dan kesediaan untuk mempertahankannya. Selain daripada itu lagu Setia yang dipopularkan oleh Francissca Peter pula mengangkat nilai kesetiaan dan kebersamaan terhadap negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148039.pdf]
Text
148039.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics