Di Malaysia, bulan Ogos merupakan bulan yang membawa satu aura dan semangat yang berbeza berbanding bulan-bulan lain. Ia bukan sekadar bulan yang meriah dengan kibaran Jalur Gemilang malah laungan “Merdeka” juga turut bergema. Kemerdekaan merupakan satu penghayatan yang mendalam dalam jiwa seseorang. Namun, seiring dengan peredaran zaman masa kini, bagaimana cara untuk kita memastikan setiap generasi benar-benar menghayati erti sebenar kemerdekaan?
Salah satu medium yang relevan dan dekat dengan jiwa masyarakat masa kini adalah melalui penceritaan di layer perak. Filem-filem tempatan yang berunsurkan semangat bukan sahaja menyajikan kualiti sinematografi yang hebat, malah bertindak sebagai kapsul masa yang membawa kita kembali ke era di mana kebebasan dan keamanan hari ini dibayar dengan keringat, darah, serta air mata.
Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara, kami senaraikan beberapa judul filem patriotik yang boleh di tonton dan yang pastinya akan meniup kembali semangat membara dan rasa bangga yang mendalam terhadap tanah air kita. MALAYSIA.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Samsudin, Norshuhada UNSPECIFIED Syed Abdullah, Sharifah Sarimah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Yusoff, Syarifah Adilah UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Filem patriotik, Semangat kemerdekaan, Cinta akan negara |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148038 |
148038.pdf
