Bicara penuh makna

Wan Mohd Rosly, Wan Nur Shaziayani (2026) Bicara penuh makna. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Melakar pertemuan di kertas
detik bersejarah mendengar suara
bukan rahsia lagi
MERDEKA!

Di bawah panji-panji berkibaran
mencoret momen-momen penuh makna
di bawah lindungan raja-raja berdaulat
tangan diangkat lurus
MERDEKA!

Realiti bukan fantasi
cuba menegakkan satu negara satu bangsa
satu titik mula menjadi saksi
seruan tidak lagi bisu wira-wira berpamitan gagah
di bawah satu rasa
MERDEKA!

Masa terus berjalan deras atau perlahan
jangan toleh belakang
sejarah dahulu tinggal
menjadi pengajaran diri
bahawa setiap usaha
adalah jejantas menuju keunggulan bangsa

Teladan sempadan segala
kutip buat penilaian
hitung setiap penjuru langkah
bergabung menjulang keyakinan
membina harapan menggunung
dalam satu laungan
MERDEKA!

Kita generasi pewaris
kita penjulang maruah negara
mewarnai hala tuju bangsa
kita bersatu dalam satu suara
MERDEKA!

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148037.pdf]
Text
148037.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics