Program team building BiAcc 2013

Abd Rahim, Maisarah (2014) Program team building BiAcc 2013. In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 30.
Abstract

Pada 21 - 23 November 2014 Persatuan BiAcc UiTM Kedah di bawah Fakulti Perakaunan Uitm Kedah telah menganjurkan Program Team Building BiACC 2013 di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS), Jitra Kedah. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar Semester 4, Semester 5 dan Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Kedah telah terlibat. Pelbagai aktiviti padat dan menarik telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS), Jitra Kedah ini seperti berkayak, ‘abseiling’ dan ‘groom and boom bersama pengacara terkenal TV Al-Hijrah Tuan Amin Idris’. Tuan Amin Idris telah bermagnet dengan para pelajar dalam dalam slot ‘analogi magnet diri’, ‘modul team up! Magnetize others!’, dan ‘groom and boom your image’. Program ini telah diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring Perakaunan UiTM Kedah iaitu Prof Madya Hasmad Ahmad dan Cik Maisarah Abd Rahim. Program ini telah berjaya menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk membina keyakinan diri dan saling membantu dalam satu pasukan. Program ini telah mencapai objektifnya dan pelajar-pelajar telah dapat menimba ilmu pengetahuan bagaimana untuk memantapkan jati diri dan sahsiah dalam diri serta dapat mengukuhkan keyakinan mereka dalam menghadapi dunia pekerjaan yang serba mencabar nanti. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148032.pdf]
Text
148032.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics