Fakulti Perakaunan UiTM Kedah masih rancak menjalankan aktiviti pada penghujung tahun 2014 dimana pada 6 - 8 November 2014 Project Camping "Kembara Intelek" telah diadakan di Terap Inn, Kuala Nerang, Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan BiAcc UiTM Kedah yang terdiri daripada pelajar Semester 6 sebagai fasilatator program dan tenaga pelatih daripada pengurusan Terap Inn. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar Semester 4 dan Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Kedah telah terlibat. Pelbagai aktiviti padat telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Terap Inn ini seperti 'survival cooking', 'food tasting',' jungle trekking',' team building',' cultural night', 'explore race', dan 'ice breaking'. Program ini telah diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring perakaunan UiTM Kedah iaitu Cik Leily Adja Radjeman dan Cik Maisarah Abd Rahim. Program ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam seperti sembelih ayam, memasak persembahan teater dan kepimpinan dalam kumpulan di kalangan pelajar. Program ini telah mencapai objektifnya dan pelajar telah mendapat menimba ilmu pengetahuan tentang cara bekerjasama dalam kumpulan serta memantapkan kekuatan fizikal dan mental dikalangan mereka. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahim, Maisarah maisarah435@kedah.uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Group work in education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 28 |
| Keywords: | Project camping kembara intelek, Persatuan BiAcc UiTM Kedah, Pembinaan kerja berpasukan, Kepimpinan pelajar |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148028 |
148028.pdf
