Kehidupan kampus aktif: Kolaborasi akademik, pembangunan diri dan keusahawanan mahasiswa

Mohd Zin, Muhammad Fitri Haikal and Mustafa, Wafir Khalish Hazim and Ismail, Herda Balqis (2025) Kehidupan kampus aktif: Kolaborasi akademik, pembangunan diri dan keusahawanan mahasiswa. e-DINAMIK. pp. 569-570. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mengupas kepentingan kehidupan kampus yang aktif dalam mengimbangi kolaborasi akademik, pembangunan diri, dan pembentukan jiwa keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Penglibatan dalam aktiviti luar kampus membolehkan mahasiswa berinteraksi secara profesional dengan tokoh-tokoh ternama seperti Rektor UiTM Cawangan Johor, VIP, dan artis tempatan, sekali gus memperluas jaringan kenalan, meningkatkan keyakinan diri, serta membuka minda untuk mencuba perkara baharu. Sementara itu, program dan aktiviti di dalam kampus menjadi platform terbaik untuk mengasah kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, pengurusan masa, dan kerja berpasukan, di samping memupuk hubungan erat sesama warga kampus serta membentuk sifat berdikari dan bertanggungjawab. Keseimbangan ini membuktikan bahawa kejayaan mahasiswa tidak hanya diukur melalui prestasi akademik semata-mata, malah menerusi penglibatan aktif dalam kokurikulum dan aktiviti sosial untuk mendepani cabaran dunia sebenar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148018.pdf]
Text
148018.pdf
Download (631kB)
Indexing & Metrics