Bengkel penyediaan kajian kes & pembelajaran berasaskan masalah

Md Daud, Mazlifa (2014) Bengkel penyediaan kajian kes & pembelajaran berasaskan masalah. In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 26.
Abstract

Pada 30 - 31 Oktober 2013, telah dijalankan satu bengkel yang bertajuk Bengkel Penyediaan Kajian Kes dan Pembelajaran Berasaskan Masalah di Dewan Seri Jerai UiTM Kedah. Bengkel anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Kedah ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kampus-kampus cawangan yang lain. Antara kampus cawangan yang menghantar wakil di samping pensyarah UiTM Kedah sendiri ialah UiTM Kelantan, UiTM Johor, UiTM Perlis, UiTM Sabah, UiTM Sarawak dan UiTM Perak. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan para pensyarah tentang bagaimana teknik pengajaran dan pembelajaran berasaskan kajian kes serta pembelajaran berasaskan masalah yang kini dipraktikan di seluruh sistem UiTM. Dua orang penceramah telah didatangkan khas dari UiTM Shah Alam iaitu PM Dr Noraini Mohamad dan PM Noor Liza Mohd Rosli. Penceramah dari Institut Akauntan Malaysia (MIA), Kuala Lumpur juga turut dijemput iaitu Puan Wan Norehan Wan Ahmad yang merupakan seorang Ketua Jabatan Pendidikan MIA. Bengkel ini telah memberikan hasil yang positif terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran semua pensyarah yang hadir.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147997.pdf]
Text
147997.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics