Jawatankuasa SQUAT (Students’ Quality Action Team) telah sekali lagi berjaya men- gadakan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kolej Kediaman (KMKK). Konvensyen anjuran bersama Jawatankuasa SQUAT dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej ini telah diadakan pada 15 Oktober 2005 yang lalu bertempat di Dewan Jubli UiTM Sarawak. Konvensyen KMKK ini adalah berkonsepkan seperti Konvensyen KMK untuk staf tetapi ianya terhad kepada penghuni Kolej Kediaman sahaja. Sebanyak 9 kumpulan pelajar yang mewakili kolej kediaman masing-masing telah menyertai Konvensyen ini. Kumpulan-kumpulan KMKK ini telah memulakan projek masing-masing sejak Mac 2005. Setiap kumpulan mempunyai seorang Fasilitator yang terdiri dari Pegawai Pembangunan Pelajar Blok Kolej Kediaman masing-masing.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Rahman, Mohd Rosdi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Konvensyen, Kumpulan Meningkat Mutu Kolej Kediaman (KMKK), UiTM Sarawak, Jawatankuasa Perwakilan Kolej |
| Date: | 15 October 2005 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147882 |
147882.pdf
