Jalur Gemilang

Mohd Mydin, Azlina and Wan Mohammad, Wan Anisha (2026) Jalur Gemilang. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Mekar indah bunga kemuning,
Hiasan sanggul gadis jelita;
Merah, putih, biru dan kuning,
Megah berkibar bendera kita.

Bunga melur harum baunya,
Petik sekuntum di waktu pagi;
Empat warna bersatu padunya,
Tanda negara berdaulat tinggi

Jalur Gemilang berkibar megah,
Ditiup angin di pagi hari;
Lambang negara gagah dan indah,
Menjadi kebanggaan di dalam hati.

Manis rasa buah ceri,
Dipetik anak di pagi hari;
Empat belas jalur lambang harmoni,
Penyatu rakyat berbilang negeri.

Indah mekar bunga melati,
Pati harum dipersolek puteri;
Jalur Gemilang disanjung tinggi,
Simbol kedaulatan tanah pertiwi.

Indah sungguh bulan purnama,
Cahaya terang menyinari laman;
Di bawah bendera kita bersama,
Bina negara teguh dan aman

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147878.pdf]
Text
147878.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics