Batik Merbok sebagai aset budaya dalam Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025

Zainal@Ismail, Mas Ayu and Md Shahid, Shuhaila (2025) Batik Merbok sebagai aset budaya dalam Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 23 hingga 29 Julai 2025 di Muzium Padi, Kedah merupakan peristiwa bersejarah yang memperlihatkan transformasi fungsi muzium daripada sekadar ruang penyimpanan artifak kepada pusat warisan, ilmu, dan ekonomi kreatif negara. Bertemakan “Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Berubah Pantas”, festival ini menuntut muzium untuk bergerak seiring perubahan zaman. Dalam kerangka tersebut, penglibatan Batik Merbok berfungsi sebagai simbol identiti dan instrumen strategik dalam agenda budaya nasional. Pelantikan Batik Merbok sebagai perunding rekaan pakaian rasmi festival mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran entiti ini menterjemahkan aspirasi budaya ke dalam bahasa visual yang sarat dengan nilai simbolik. Langkah ini secara serentak mengangkat kompetensi komuniti tempatan ke peringkat nasional, di samping menempatkan batik sebagai lambang martabat kolektif yang melangkaui peranan hiasan semata-mata. Lebih signifikan, peranan Batik Merbok dalam membekalkan pakaian rasmi festival telah memperkukuh citra batik sebagai medium yang menyatukan warisan dan profesionalisme, mewujudkan keseragaman visual yang melambangkan disiplin serta keindahan budaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147865.pdf]
Text
147865.pdf
Download (811kB)
Indexing & Metrics