Berkibar megah Jalur Gemilang,
Disinari matahari di hujung titi,
Semangat merdeka terus dijulang,
Tema Malaysia MADANI, kesejahteraan dinikmati.
Burung tempua terbang berjajar,
Hinggap sebentar di tepi paya,
Generasi MADANI terus belajar,
Membina Malaysia unggul dan berjaya.
Mencari umpan menangkap ikan,
Buat santapan orang berkelana,
Laungan Merdeka suara sorakan,
31 Ogos hari peristiwa bermakna.
Pergi ke pekan membeli delima,
Dua tambah lapan jawabnya sepuluh,
Semangat merdeka kekal bersama,
Rakyat bersatu negara kekal utuh.
Naik basikal ke Taman Murni,
Empat kali lima hasilnya dua puluh;
Malaysia MADANI terus harmoni,
Kesejahteraan rakyat menjadi teguh.
Pagi hari memetik selasih,
Selasih tumbuh di tepi laman,
Kemerdekaan kita warisan kasih,
Perlu dijaga sepanjang zaman.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zahari, Mohd Fahmi UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Yusoff, Syarifah Adilah UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Malaysia MADANI, Kemerdekaan Malaysia, Perpaduan dan kesejahteraan rakyat |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147864 |
147864.pdf
