Pantun prinsip rukun negara

Othman, Jamal (2026) Pantun prinsip rukun negara. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Prinsip Pertama Rukun Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan
Ugama Islam Ugama Rasmi negara Malaysia
Kemerdekaan ini tiada nilainya dan wajib dipertahan
Jangan pergadai maruah negara dipersia-sia

Prinsip Kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Simbol kedaulatan sistem pemerintahan beraja
Menggenggam kedaulatan bak menggenggam bara
Menyinar punca kehidupan sesiapa sahaja

Prinsip Ketiga Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan undang-undang tertinggi
Rakyat wajib memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan
Walau bergolok bergadai tanpa berbelah bahagi

Prinsip Keempat Rukun Negara, Kedaulatan Undang-undang
Setiap rakyat diadili samarata tanpa diskriminasi
Hargai keperitan meraih kemerdekaan oleh semua pejuang
Kekalkan kemerdekaan dan keamanan oleh setiap generasi

Prinsip Kelima Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan
Membentuk masyarakat bersopan santun dan bertoleransi
Kemerdekaan Malaysia yang ke enam puluh sembilan
Utuhkan keamanan dan keharmonian negara demokrasi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147862.pdf]
Text
147862.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics