Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mohd Mydin, Azlina and Kechil, Rafizah (2026) Merdeka! Merdeka! Merdeka! Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Mekar harum bunga cempaka,
Dipetik adik di tepi pekan;
Jerih perih merebut merdeka,
Darah dan keringat jadi taruhan.

Cantik sungguh ukiran perahu,
Bawa berlayar ke Kuala Kedah;
Rakyat bersatu bahu-membahu,
Bebaskan negeri dari penjajah.

Pergi ke pasar membeli suasa,
Singgah sebentar membeli kelapa;
Jasa pejuang tetap terasa,
Akan dikenang sepanjang masa.

Jalur Gemilang megah berkibar,
Berbayang indah di permukaan telaga;
Tiga puluh satu Ogos detik bergemar,
Laungan merdeka bergema ria.

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Semangat merdeka kekal di hati,
Malaysia tercinta teguh berdiri.

Naik LRT ke Pulau Pinang,
Singgah sebentar di Tanjung Bungah;
Ayuh rakyat terus berjuang,
Malaysia maju, aman dan megah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147855.pdf]
Text
147855.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics