Setia Jalur Gemilang demi pasak yang lima

Johan, Elly Johana (2026) Setia Jalur Gemilang demi pasak yang lima. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Enam puluh sembilan tahun Jalur Gemilang membelah awan
Berdiri sebagai bangsa perkasa dan maruah yang terbela
Bersama lima pasak keramat yang menghidupkan jiwa
Mengalir dalam darah menjadi benteng pertahanan negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Di sini kiblat jiwa teguh tersemat jitu sebagai perisai iman jalan kebenaran
Tunduk berserah dalam bangkit tegak dan tegap panduan yang menjadi obor di dada insan
Mengangkat doa mencari rahmat dan redha di bawah teduhan Ar Rahman
Yakinlah, bangsa yang bertuhan tidak akan tersesat di lorong yang suram lagi kelam

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kuning bulan bintang di persada biru dijunjung tinggi, tanda sejiwa juga sehati
Setia nan satu, tiada dua, tiada jua tandingan, paksi kedaulatan yang tiada galang ganti
Sebagai payung pelindung badai anarki dari anasir luar yang cuba masuk meracuni
Siapa yang cuba merobek damai ini, pasti akan tercatat sebagai tinggalan sejarah rasmi

Keluhuran Perlembagaan
Tanpa keluhuran lahirlah sengketa, tanpa keadilan runtuhlah jati bangsa merdeka
Di sini terikat janji setia, hak rakyat dipelihara, kuasa dibahagi dengan sentosa
Perlembagaan menjadi nadi, tertulis secara adil tercatat dengan penuh tulus dan luhur
Tiang seri pemerintahan negara, menjamin keadilan menolak tirani yang menghancur

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147778.pdf]
Text
147778.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics