Taklimat Sistem Penasihat Akademik bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah dianjurkan dengan jayanya pada 11 September 2014 di Dewan Perdana UiTM Kedah. Taklimat ini telah diadakan seiring dengan hasrat Professor Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk mengaktifkan fungsi dan menggiatkan peranan Penasihat Akademik. Selain daripada itu, taklimat ini juga bertujuan untuk menerangkan keperluan penyediaan portfolio pelajar dan memperkenalkan Penasihat Akademik kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Taklimat sistem Penasihat Akademik telah diberikan oleh Puan Jurina Ismail, Koordinator Kursus Perakaunan dan taklimat penyediaan portfolio pelajar telah disampaikan oleh Koordinator Unit Hal Ehwal Kurikulum UiTM Kedah, Puan Norehan Mohd Tahir.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Siti Salmah ssalmah211@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 20 |
| Keywords: | Penasihat akademik, Pelajar ijazah sarjana muda perakaunan, Portfolio pelajar |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147704 |
147704.pdf
