Pada tanggal 5 September 2014, hari Jumaat, bertempat di Hotel Swiss Inn Sungai Petani, telah berlangsung Program ‘Pre-graduation Night and Dean’s Award’ yang dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Kedah. Program kali ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Rektor Akademik UiTM Kedah, Timbalan Pendaftar, Bendahari Kanan. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Osman Bin Abd Hamid yang merupakan Pensyarah Jabatan Pengajian Islam UiTM Kedah. Tujuan utama program ini adalah untuk meraikan para pelajar semester akhir Diploma Perakaunan yang bakal tamat pengajian serta menyampaikan sijil Anugerah Dekan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir yang lalu. Selain itu, program ini juga dapat memberi manfaat kepada para pelajar melalui ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan input-input yang berguna kepada para pelajar dalam mengurus dan membina kerjaya di masa hadapan.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Mohd Hafiz hafizhashim@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Personnel management |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 19 |
| Keywords: | Anugerah dekan, Pelajar diploma perakaunan, Ceramah motivasi |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147701 |
147701.pdf
