Seiring dengan matlamat Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang telah diilhamkan oleh Naib Canselor UiTM, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Jabatan Perakaunan UiTM Kedah telah mengadakan program Ceramah Teknik Belajar dari Perspektif Islam bersama pelajar lepasan Pra-Perdagangan yang mengikuti program Diploma Perakaunan. Objektif program ini ialah untuk memberikan input teknik pembelajaran yang berkesan dari perspektif Islam dan memperkenalkan Penasihat Akademik dengan pelajar Diploma Perakaunan dari lepasan Pra-Perdagangan. Pertemuan pelajar dengan Penasihat Akademik juga diharap dapat memberi input mengenai apakah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar di sepanjang tempoh pengajian serta cadangan bagaimana untuk mengatasi kekangan tersebut. Program ini telah diadakan pada 5 September 2014 bertempat di Bilik Seminar Unit Kaunseling UiTM Kedah. Seramai 74 pelajar dan 15 orang pensyarah telah hadir ke program ini. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Marzlin Marzuki, Ketua Pusat Pengajian Perakaunan dan ceramah Teknik Belajar dari Perspektif Islam telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Pensyarah Jabatan ACIS, UiTM Kedah.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Siti Salmah ssalmah211@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 18 |
| Keywords: | Program mengubah destini anak bangsa (MDAB), Pelajar diploma perakaunan, Penasihat akademik |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147697 |
147697.pdf
