Pada 27-30 April 2014 telah berlangsung satu pertandingan rekacipta dan inovasi di Dewan Tuanku Agung Canselor (DATC) Shah Alam. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah universiti di seluruh Malaysia. Fakulti Perakaunan Kampus UiTM Kedah telah menghantar 4 orang pensyarah perakaunan sebagai wakil untuk bertanding dan mempertaruhkan dua projek penyelidikan yang telah dijalankan. Pensyarah yang bertanding adalah PM Dr Roshima Hj Said, Puan Mazlifa Md Daud, Puan Noorain Omar dan Puan Nurul Fatihah Alias. Pertandingan ini dijalankan bagi mengkomersialkan hasil inovasi dan rekacipta ke peringkat yang lebih tinggi serta mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Dua projek yang dipertandingkan adalah bertajuk “Ethical Identity of Shariah-Compliant Companies” dan “Corporate Social Responsibility Reporting: Model of Shariah Compliance Companies”. Projek yang bertajuk “Ethical Identity of Shariah-Compliant Companies” di bawah penyelidikan PM Dr Roshima dan Puan Mazlifa telah mendapat anugerah Perak pada pertandingan tersebut.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Daud, Mazlifa mazlifa338@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 9 |
| Keywords: | Pertandingan rekacipta dan inovasi, Penyelidikan perakaunan, Inovasi dan rekacipta |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147638 |
147638.pdf
