Bengkel framework based teaching of Malaysian financial reporting standards (IFRS)

Omar, Noorain (2014) Bengkel framework based teaching of Malaysian financial reporting standards (IFRS). In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 6.
Abstract

Pada 31 Mac 2014, bengkel Framework Based Teaching of IFRS telah diadakan di Dewan Sarjana 2 Universiti Teknologi Mara Kampus Kedah. Bengkel yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pensyarah-pensyarah perakaunan kampus Kedah dan Perlis mengenai Framework Based Teaching of IFRS sebagai kaedah baru pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Financial Reporting. Menurut penceramaah untuk bengkel ini, Profesor Madya Dr Arun Mohamed, penerangan ini adalah perlu kepada pensyarah-pensyarah perakaunan terutamanya yang akan mengajar kursus-kursus Financial Reporting peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma selaras dengan struktur kursus baru yang akan bermula pada June 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pensyarah-pensyarah perakaunan dari UiTM Kedah dan UiTM Perlis. Sebelum bengkel ini bermula, ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Perakaunan cawangan Kedah, Dr Marzlin Marzuki.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147573.pdf]
Text
147573.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics