Pada 28 Februari 2014, satu Majlis Makan Malam bertemakan `Glitz & Glam' dan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan bagi para pelajar Diploma Perakaunan telah diadakan di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani. Majlis ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelaja rBahagian 4, Kelab SISDA (Siswa Siswi Diploma Perakaunan) yang telah diketuai oleh saudara Mohammad Firdaus Fahmi Mokhtar selaku Pengerusi Projek. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 400 pelajar dan 10 orang pensyarah Perakaunan. Majlis telah bermula pada jam 8.30 malam dan dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Perakaunan, Dr. Marzlin Marzuki. Sambil menikmati jamuan, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh tetamu jemputan, Encik Mohd Ikmal dan seterusnya para tetamu telah dihiburkan oleh persembahan daripada pelajar-pelajar Diploma Perakaunan bahagian 1 dan bahagian 6 serta aktiviti cabutan bertuah. Ketua Pusat Pengajian Perakaunan dan Koordinator Kursus Perakaunan juga telah menyampaikan sijil kepada para pelajar Diploma Perakaunan yang telah berjaya memperolehi Anugerah Dekan pada semester lepas.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Siti Salmah ssalmah211@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Group work in education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 4 |
| Keywords: | Pelajar, Anugerah dekan, Motivasi |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147556 |
147556.pdf
