Mesyuarat pelan strategik jabatan perakaunan

Abdullah, Noor Azlina (2014) Mesyuarat pelan strategik jabatan perakaunan. In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 3.
Abstract

Jabatan Perakaunan UiTM Kedah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Pelan Strategik Jabatan di Park Royal Resort Pada 20-21 Februari 2014 yang lalu. Ianya bertujuan bagi merangka pelan perancangan dan pembangunan pensyarah, pelajar dan jabatan bagi menentukan halatuju serta mencapai matlamat jabatan. Kesemua pensyarah tetap terlibat dalam memberikan idea dan merangka perlaksanaan bagi tahun 2014 hingga 2016. Mesyuarat telah dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Pusat Pengajian Jabatan Perakaunan, Dr Marzlin Marzuki mengenai kepentingan semua aspek dalam membuat perancangan jabatan dan teras pelan strategic ialah "Keusahawanan, Kebajikan Dan Model Iqra' Culture". Pada sebelah petang hari pertama 20 Februari 2014 diadakan aktiviti riadah bagi merehatkan minda serta merapatkan hubungan sesama pensyarah dalam aktiviti yang memerlukan kerjasama dalam berpasukan. Mesyuarat hari kedua pada 21 Februari 2014 diakhiri dengan pembentangan setiap kumpulan bagi mendapat maklum balas serta penambahbaikkan dalam perancangan yang dibuat. Kesemua pensyarah Jabatan Perakaunan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147549.pdf]
Text
147549.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics