Pelancaran majlis “IQRA ACCOUNTANCY”

Md Daud, Mazlifa (2014) Pelancaran majlis “IQRA ACCOUNTANCY”. In: Coretan Memori Fakulti Perakaunan 2013-2014. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 2.
Abstract

Majlis pelancaran "Iqra' Accountancy", peringkat Universiti Teknologi MARA telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 7 Februari 2014. Pelancaran majlis ini telah dihadiri oleh semua staf fakulti Perakaunan Shah Alam dan wakil dari kampus-kampus cawangan seluruh Malaysia. Fakulti Perakaunan Kampus UiTM Kedah telah menghantar 3 orang pensyarah perakaunan sebagai wakil untuk menghadiri majlis pelancaran ini iaitu Puan Jurina Ismail, Puan Mazlifa Md Daud dan Cik Maisarah Abd Rahim. Pelancaran majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dekan Fakulti Perakaunan sendiri iaitu Prof Dr Rozainun Haji Abdul Aziz. Model "Iqra' Accountancy" ini adalah cetusan idea Dekan Fakulti Perakaunan sendiri di mana budaya membaca diberikan penekanan yang utama dalam kehidupan seharian kerana membaca itu adalah suatu aktiviti yang sangat penting dan menjadi cahaya kehidupan setiap insan yang bernama manusia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147521.pdf]
Text
147521.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics