Abidwira Kastam kerjasama Jabatan Seni Reka Grafik & Kastam Diraja Malaysia

Adnan, Nurul Atikah (2019) Abidwira Kastam kerjasama Jabatan Seni Reka Grafik & Kastam Diraja Malaysia. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Projek Adiwira Kastam 2019 adalah projek perundingan ReqaReqa Creative Centre bi bawah Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Kedah. Seramai 10 pensyarah Jabatan Grafik dan Media Digital telah dilantik sebagai perunding yang diketuai oleh Puan Nurul Atikah Adnan. Tempoh perlaksanaan projek ini bermula pada 1 Mei 2019 hingga 15 Ogos 2019. Hasil rekabentuk akan memberi input yang berguna kepada perancangan memperkenalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada masyarakat supaya lebih memahami amanah, tugas & tanggungjawab Kastam DiRaja Malaysia selaras dengan visi mereka iaitu memungut hasil dan memberi fasilitasi perdagangan melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang- undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Hasil Karakter daripada Projek Adiwira Kastam akan berperanan sebagai ikon/Adiwira serta digunakan di dalam medium saluran maklumat yang signifikan terhadap bidang penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. ABIDWIRA KASTAM di pilih sebagai nama karakter animasi untuk Projek Adiwira Kastam Diraja Malaysia. ABIDWIRA diilhamkan dari Etika Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia iaitu Amanah, Berkhidmat, Ikhlas, Dedikasi (A.B.I.D.).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147519.pdf]
Text
147519.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics