Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2022) Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu. pp. 1-6.
Abstract

Ketua Pustakawan UiTM melengkapkan lawatan kerja di UiTM Cawangan Terengganu dengan melawat ke Kampus Kuala Terengganu pada 1 Disember 2022 (Khamis) yang diringi oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Turut hadir, Encik Shahrol Nizam bin Johol, Ketua Perpustakaan Cawangan dan Encik Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan. Kehadiran delegasi Ketua Pustakawan disambut oleh Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan, Penolong Rektor dan Cik Nurmaisari binti Che Anuar, Pustakawan dan staf perpustakaan. Sesi lawatan dimulakan dengan kata aluan oleh Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan, Penolong Rektor dan beliau berpuas hati dengan program yang dilaksanakan di perpustakaan serta memohon meningkatkan serta tambahbaik dengan pelbagai program yang bermanfaat untuk warga kampus. Beliau turut menyokong penuh segala aktiviti dan perancangan yang dijalankan oleh perpustakaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147517.pdf]
Text
147517.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics