Projek Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang dianjurkan untuk kursus Personal Financial Planning (FIN533) bertempat di Madrasah Tahfiz Al Aziz, Kajang. Inisiatif berasaskan pemindahan ilmu dan pembelajaran perkhidmatan ini bertujuan untuk memperkasakan literasi kewangan serta pengurusan kewangan peribadi dalam kalangan pelajar dan warga madrasah. Menerusi pelaksanaan modul pembelajaran berasaskan pengalaman praktikal (experiential learning), para pelajar didedahkan dengan kemahiran merancang belanjawan, pengurusan simpanan, pemahaman kepentingan perlindungan kewangan, serta konsep pengurusan harta berasaskan nilai-nilai Islam. Kejayaan projek ini membuktikan keberkesanan pendekatan SULAM dalam menghubungkan teori akademik kewangan dengan keperluan komuniti tempatan, sekali gus memperkukuh tanggungjawab sosial mahasiswa serta menyumbang kepada pembangunan kesejahteraan kewangan masyarakat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Shahira shahira@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Literasi kewangan, Pengurusan kewangan peribadi, Service Learning Malaysia – University for Society |
| Date: | 27 June 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147502 |
147502.pdf
