Gabungan pensyarah liberal & grafik berjaya meraih pingat emas!

Jamaludin, Juaini (2019) Gabungan pensyarah liberal & grafik berjaya meraih pingat emas! Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Projek yang dilahirkan dari subjek visual culture yang mengetengahkan tentang budaya warisan melayu akhirnya berjaya meraih pingat emas di Pertandingan Inovasi Pengajaran 2019 di UUM, Sintok, Changlun Kedah pada 30 & 31 Julai 2019. Projek Silang Budaya satu permainan ke arah pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan amalan berinteraksi secara bersemuka, terutama dalam kalangan pelajar pelbagai kaum daripada peringkat rendah hingga pusat pengajian tinggi. Banyak kebaikan yang kita peroleh jika mempelajari komunikasi silang budaya, antaranya membantu memahami budaya sebagai sesuatu yang dapat menghasilkan dan memelihara wacana secara positif serta penuh bermakna bagi anggota masyarakat. Ia sekali gus membentuk hubungan harmoni dan memuaskan sesama anggota masyarakat berlainan budaya, mendorong kita menjadi lebih terbuka dan bersedia melihat dan menerima nilai yang baik dan universal dalam sesuatu bangsa atau kaum itu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147477.pdf]
Text
147477.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics