Ketika pandemik COVID-19 melanda negara Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah bagi mengurangkan penularan COVID-19 dan hal ini telah menyebabkan pembacaan novel dalam talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. NovelPlus adalah salah satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan pembacaan novel dalam talian. Dapatan kajian daripada temu bual 10 orang informan yang juga pembaca NovelPlus menunjukkan adanya beberapa kesan aplikasi ini dari segi bahasa, iaitu membuka peluang untuk mempelajari bahasa luar, memantapkan kosa kata dan menarik perhatian kerana penggunaan bahasa yang santai. Walau bagaimanapun, ada informan berpandangan bahawa terdapat penggunaan kata-kata kesat dalam aplikasi berkenaan. Dari segi pemikiran pula didapati bahawa aplikasi NovelPlus memberi pengaruh negatif terhadap pemikiran kerana terdapat adegan tidak senonoh yang mampu mempengaruhi komunikasi harian dan juga mempengaruhi para penulis baharu. Walau bagaimanapun aplikasi NovelPlus juga mampu memberi pendedahan terhadap dunia penulisan seperti menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu jenayah, ilmu tentang negara luar dan ilmu tentang sesuatu penyakit. Hasil temu bual bersama informan juga mendapat beberapa kesan lain yang wujud selepas pembacaan menerusi aplikasi NovelPlus ini seperti masalah kesihatan dan mewujudkan jurang komunikasi. Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi berkenaan boleh menjimatkan wang. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan terhadap kajian-kajian akan datang berkaitan dengan pembacaan novel secara dalam talian.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Jaafar, Nurbalqis Aimi Anisa UNSPECIFIED Abu Bakar, Mohd Syuhaidi UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Bookselling and publishing > Special lines of business, > Electronic publishing |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
| Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi (FK) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Forum Komunikasi (FK) |
| ISSN: | 0128-2379 (e-ISNN) |
| Volume: | 17 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 53-61 |
| Keywords: | NovelPlus, Kesan, Bahasa, Pemikiran, Ilmu pengetahuan |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147448 |
147448.pdf
