Media komunikasi merupakan medium yang amat penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat semasa. Malah penglibatannya secara digital telah menyumbang kepada budaya percambahan ilmu yang sangat baik dalam kalangan masyarakat. Justeru peranan media dilihat amat penting untuk menyebarkan nilai-nilai positif khususnya terhadap Institusi Beraja yang menjadi tonggak perpaduan negara. Justeru kertas kajian ini bertujuan melihat sejauh manakah media komunikasi berperanan untuk menyemai rasa cinta dan kasih terhadap Institusi Beraja dalam kalangan golongan muda. Data kajian diperolehi menerusi borang soal selidik yang mendapat maklum balas daripada 14,154 sampel pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam. Variabel kajian menekankan 2 komponen utama, iaitu kadar perolehan maklumat berkenaan Institusi Beraja melalui sumber media, peranan media dalam penyebaran maklumat berkenaan Institusi Beraja serta impak hebahan ini untuk mewujudkan rasa cinta golongan muda terhadap Institusi Beraja. Dua belas elemen yang dikembangkan dari dua komponen utama telah dijalankan analisis kebolehpercayaan (Reliability Test) dan analisis deskriptif bagi melihat skor persepsi golongan muda terhadap Institusi Beraja. Dapatan kajian memaparkan media komunikasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan turut memberi impak ke atas rasa cinta golongan muda terhadap Institusi Beraja. Namun kadar impak ini adalah sederhana ekoran kebergantungannya terhadap cara hebahan dan kontek penyampaian yang baik dan terancang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Majid, Rohayu UNSPECIFIED Ismail, Ismarani UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Youth. Adolescents. Teenagers J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Forms of the state |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
| Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi (FK) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Forum Komunikasi (FK) |
| ISSN: | 0128-2379 (e-ISNN) |
| Volume: | 17 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 1-11 |
| Keywords: | Peranan dan impak, Media komunikasi, Cinta, Golongan muda, Institusi beraja |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147444 |
147444.pdf
