Mentor-mentee (building features, learning together)

Jamaludin, Juaini (2019) Mentor-mentee (building features, learning together). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Program Mentor-Mentee (Building Features, Learning Together) adalah satu program anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM Cawangan Kedah bersempena dengan Program Hari Bertemu Pelanggan untuk Penasihat Akademik pada 14 April 2019. Program ini dianjurkan secara bersama oleh jabatan dibawah FSSR UiTM Cawangan Kedah iaitu Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, Jabatan Seni Reka Perindustrian dan Art Trivium dengan gabungan 293 pelajar dan 30 orang pensyarah bagi jabatan-jabatan tersebut. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga memberi penghargaan dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini ialah; mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan mentor- mentee kepada pelajar dan pensyarah, perlantikan mentor dibuat secara rasmi dan diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee dan mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147435.pdf]
Text
147435.pdf
Download (9MB)
Indexing & Metrics