AGM kelab grafik 2019 UiTM Kedah

Mohd Khalis, Faryna (2019) AGM kelab grafik 2019 UiTM Kedah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Pada 2 Oktober 2019 yang lalu telah berlangsung AGM Grafik di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. AGM (Annual Grand Meeting) ini telah diadakan pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam dengan dihadiri oleh 200 orang pelajar jurusan Grafik & Media Digital. Malam AGM turut dihadiri oleh koordinator kursus Graphic iaitu Dr Neesa Ameera, Penasihat Kelab Grafik, Dr Faryna, barisan pensyarah iaitu Cik Syahrini, Puan Atikah, Puan Siti Fairuz dan Encik Syafiq. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Azman iaiu pelajar 03. Seterusnya Dr Neesa Ameera memperkenalkan keseluruhan staf Grafik yang terdiri daripada 10 orang pensyarah yang mengajar sepenuh masa, aktiviti Kelab Grafik yang telah dijalankan pada semester lepas dan pemberian sijil aktiviti kepada pelajar yang terlibat dalam program yang diadakan. Majlis kemudian menjemput mantan presiden kelab Grafik, saudara Muhammad Sauqi Hakim bin Muhaphop untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa Kelab Grafik bagi semester baru di mana saudara Muhammad Syazwan Akmal bin Sahrin telah dilantik menjadi presiden Kelab Grafik UiTM Kedah yang baru. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar semester 01, 03 dan 05, pemberian hadiah cabutan bertuah dan pengumuman pelajar terbaik Grafik untuk semester 02 iaitu Muhammad Syazwan Akmal bin Sahrin dan Errissa Kystiena binti Yahya bagi pelajar terbaik Grafik dari semester 04. Para pensyarah telah meluangkan masa untuk bergambar bersama-sama pelajar sebelum majlis bersurai sekitar jam 11 malam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147422.pdf]
Text
147422.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics