Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) coop care melukis mural patriotik sempena sambutan kemerdekaan yang ke-62

Mohamed Salim, Neesa Ameera (2019) Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) coop care melukis mural patriotik sempena sambutan kemerdekaan yang ke-62. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Sempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Jabatan Grafik dan Media Digital, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah telah dijemput oleh ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia) untuk berkerjasama dalam menghasilkan sebuah mural di dinding utama Pusat Genius Kurnia, Kuala Lumpur. Pusat Genius Kurnia adalah pusat yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak autisma. Mural yang bertemakan kemerdekaan telah diilhamkan oleh seorang remaja autisma, Wan Jamila atau lebih dikenali dengan artjamila, dan divisualisasikan oleh 15 pelajar tahun akhir diploma Jabatan Grafik dan Media Digital, UiTM Cawangan Kedah dan 4 pensyarah Dr Neesa Ameera, Dr Faryna, Cik Syahrini dan Encik Syafiq. Projek mural ini terbahagi kepada dua bahagian utama (Dinding artjamila dan dinding “jigsaw wall”). Seramai 470 pelajar dari Genius Kurnia juga membantu dalam menceriakan dinding mural dengan meletakkan hand print di dinding sebagai tanda sokongan dan cinta kepada sekolah dan negara. Mural yang dihasilkan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 7 Oktober 2019.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147404.pdf]
Text
147404.pdf
Download (12MB)
Indexing & Metrics