SHAH ALAM – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA terus memperkukuh peranannya sebagai pusat ilmu, warisan dan pembelajaran apabila menerima kunjungan antarabangsa daripada Prince of Songkla University (PSU), Thailand, melibatkan seramai 60 orang pelajar dan 15 orang pengiring. Lawatan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pengalaman pembelajaran serta interaksi antara komuniti pelajar dari Malaysia dan Thailand. Sepanjang berada di PTAR, delegasi berpeluang mengunjungi Koleksi Khas Jawi, Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dan GESTURZ, yang mengetengahkan kekayaan koleksi, sejarah serta warisan intelektual dan institusi yang dipelihara oleh Perpustakaan UiTM. Kunjungan ke Koleksi Khas Jawi memberi pendedahan kepada peserta mengenai khazanah tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada warisan ilmu dan budaya Melayu. Koleksi seumpama ini bukan sahaja mempunyai nilai sejarah, malah memainkan peranan penting dalam memastikan sumber warisan terus dipelihara, diterokai dan diperkenalkan kepada generasi baharu termasuk komuniti antarabangsa.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Lawatan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 7 September 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147288 |
147288.pdf
